Pada era globalisasi ini,gejala negative dari barat banyak mampengaruhi masyarakat kita sehinggakan menimbulkan masalah social.`pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara’.cogan kata ini menunjukkan betapa pentingnya golongan remaja dalam pembangunan Negara.namun mutakhir ini,gejala negatif dari barat semakin menular dalam kalangan remaja seperti gejala vandelisma,hedonisma dan pakaian yang menjolok mata.
Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membendung gejala negatif anak-anak.ibu bapa perlulah memberi didikan agama yang sempurna sejak kecil.bak kata pepatah,melentur buluh biarlah dari rebungnya.ibu bapa harus memberi didikan agama kepada anak-anak mereka untuk memperteguh jati diri dan akhlak mulia sehingga mampu menangkis unsur negatif yang datang dari barat.ibu bapa juga haruslah menjadi suri teladan kepada anak mereka dengan menunjukkan nilai-nilai murni dan adat ketimuran yang menjadi pegangan masyarakat kita contohnya berpakaian sopan dan berakhlak mulia .selain itu,ibu bapa hendaklah member tumpuan dan pemantaun terhadap anak-anak remaja agar tidak mudah terpengaruh dengan budaya kuning dari barat.
Semua pihak perlu sehati sejiwa,seia sekata dan seiring sejalan dalam menangani gejala negatif dalam kalangan remaja kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.oleh itu,semua pihak perlu membuat anjakan paradigma dan berpadu tenaga dalam membanteras gejala negatif ini.
No comments:
Post a Comment